
Siapa sahaja tak kenal dengan ikon fesyen, Vivy Yusof. Beberapa jam yang lalu, beliau telah mengumumkan sedang mengandung anak ketiga melalui instagram miliknya. Dan rata-rata peminatnya mengucap tahniah dan melahirkan rasa kegembiraan buatnya.
Advertisement
Buat masa ini, Vivy Yusof berada di Dubai untuk menghadiri pertunjukan fesyen di sini. Dan seperti yang sedia maklum, Vivy sudah mempunyai dua orang anak iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah
Tak sabar kami nak tunggu kehadiran anak Vivy. Pastinya keluarga mereka akan lebih meriah dan comel.
Sumber: Instagram Vivy Yusof