Disebabkan masalah pengangkutan LRT, ERA dan Nabil membantu orang-orang yang mempunyai masalah pengangkutan untuk bergerak ke tempat kerja. Awal pagi tadi, Nabil telah membantu menghantar seorang mak cik, Puan Uma yang cacat penglihatan bersama anaknya ke tempat kerja dan ke sekolah. Puan Uma memberitahu bahawa setiap pagi selama 6 tahun beliau akan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
Advertisement
Menerusi laman instagram ERA, komen-komen yang diberikan oleh netizen dan rakan selebriti sangat positif dan memberi sebak. Antaranya, “MasyaAllah terbaik Nabil.” , “ Alhamdulillah. MasyaAllah mulianya.”

Puan Uma yang bekerja di Persatuan Orang Buta Malaysia sebagai pembuat buku teks. Setelah menghantar Puan Uma ke tempat kerja, personaliti ERA itu turut memberikan sumbangan wang ringgit kepada Puan Uma.
Nantikan lokasi E-Hailing ERA seterusnya bersama Azad Jasmin esok bermula 6 pagi. Lokasi akan di beritahu di instagram era.je .