Foto: Instagram
Hari jadi isteri, Neelofa, pada 10 Februari menjadi detik istimewa apabila suaminya, Pu Riz, meluahkan rasa kasih dan penghargaan secara terbuka di Instagram.
Advertisement
Coretannya yang penuh kehangatan membuatkan ramai peminat turut terharu melihat kemesraan pasangan selebriti ini.
Dalam tulisan panjang itu, Pu Riz menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang meniti hidup bersama Neelofa dan anak-anak mereka.
“Alhamdulillah, Tuhan panjangkan usia kita untuk terus hidup bersama. Kehadiran adinda dalam keluarga ini, SubhanAllah, sungguh luar biasa,” tulisnya.
Suami Neelofa itu turut menekankan kebaikan dan keikhlasan isterinya dalam mengurus keluarga.
“Banyak kebaikan yang adinda buktikan melalui perbuatan. Dari menjaga akhlak, anak-anak, hingga maruah diri. Saya yakin adinda ikhlas dalam semua yang dilakukan,” ujarnya.
Pu Riz juga berkongsi momen manis keluarga bersama dua cahaya mata mereka, Abbas dan Bilal.
“Kalau anak-anak boleh bercakap, pasti mereka akan berkata, ‘Ibukulah segalanya buat kami.’ Dari hidangan harian seperti butter chicken, noodle soup, ayam kicap, ayam kurma sehinggalah pizza, semuanya disertai dengan kasih sayang yang tidak putus.”
Momen paling menyentuh hati turut dirakam ketika mereka menunaikan Umrah baru-baru ini. Dalam perjalanan pulang, Neelofa dikatakan menyebut dengan nada sederhana dan sebak,
“Banyak doa saya untuk kita, rezeki awak dan anak-anak.”
Bagi Pu Riz, ucapan itu sudah cukup menunjukkan kasih sayang seorang ibu dan isteri yang mementingkan keluarga. Pu Riz menutup coretannya dengan ucapan penuh kasih.
“Jazakallahkhair Zaujah, selamat ulang tahun.”
Ungkapan itu menerima reaksi hangat daripada peminat yang memuji keikhlasan dan kelembutan hubungan pasangan itu.
Hari jadi Neelofa kali ini bukan sekadar meraikan ulang tahun, tetapi juga menjadi pengingat betapa pentingnya kasih sayang, doa, dan keikhlasan dalam membina keluarga bahagia.
Sumber: Instagram