Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gadis Bergayut Atas Pokok Tinggi, Dakwa Dirasuk Makhluk Halus

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pelajar perempuan yang didakwa telah dirasuk makhluk halus sehingga membuatkan dia mampu memanjat pokok tinggi.

gadis bergayut atas pokok tinggi, dakwa dirasuk makhluk halus

Advertisement

Kejadian yang berlaku di Tabalong, wilayah Kalimantan Selatan ini menyaksikan gadis tersebut berdiri di atas dahan pokok sambil menjerit seperti terkena histeria.

Tambahnya, gadis tersebut lengkap memakai baju putih dan bertudung hitam turut dilihat memegang dan memukul kepalanya sendiri.

Gadis tersebut berjaya dibawa turun apabila dua orang lelaki memanjat pokok untuk menyelamatkannya.

Difahamkan, ibu bapa mengakui anaknya itu sudah tiga kali dirasuk makhluk halus di kawasan tersebut.

Kesihatan gadis berkenaan sudah bertambah baik pada keesokan harinya dan dibawa pulang oleh keluarganya.

Sumber: Kosmo Online
 

HITZ Malaysia's #1 Hit Station